Sunday, August 15, 2010

Overseas Trip 2010 - 3rd times iaitu di Perth, Australia

Em... memang seronok kerjaya ni tahun ni saje dh 3 kali pi melancong luar negara. Trip kali ni ke Perth, Australia. Depart dari LCCT pada 27 Jul 2010 jam 10.20 pagi dan alhamdulillah sampai di Perth Airport jam 3.55 ptg, waktu di sane same dgn Malaysia.
Bila sampai punyerlah ketat pemeriksaan Imegresen dia, barang maknan yang dibawa seperti Milo dan Serunding Daging tak boleh dibawa masuk, saya bertanya kepada pegawai tu dia menjawab Milo buatan Malaysia memang haram dibawa masuk kecuali buatan Singapore, nampak sgtlah tenusu negara kita tak diiktiraf oleh negara membangun, serunding pulak sebab xde label kalu yang berpaket dan berlabel saje boleh bawa masuk.... xpelah kami akur ngan undang2 sane.
Selepas semua selesai di airport rombongan kami seramai 58 org menaiki bas untuk menikmati dinner di sebuah Restoren Thai di sane, em... x sangka dapat makan tomyam dan byk lauk masakan thai yg lain termasuklah ayam masak lemak dgn rebung.... blh tahan jugak sedapnyer.
Selesai makan kami dibawa bergambar di hadapan bangunan cantik "Burswood Entertainment Complex".
Lepas tu bas terus membawa kami ke tempat penginapan di City Stay Apartment di tengah2 bandar Perth. Saya tinggal serumah dgn Ms Phang (our Marketing Team), Ms Dewi & Cik Tini.
Keesokan harinya kami memilih utk membuat trip sendiri. Ni dia rakan2 1 trip :
Dari Apartment kami berjalan kaki menunggu Yellow CAT (bas free), x sampai 10 minit bas sampai so kami semua seramai 14 org pun naik sehingga ke perhentian seterusnya turun dan naik pulak bas Blue CAT untuk ke jeti feri. Kami nak pi Perth Zoo dulu sebab nak tengok kangaroo n koala. Tambang feri murah hanya AUD 1.70 jer. Sementara menunggu feri sampai kami bergambar di Bell Tower.
Sampai jer kami berjalan kaki melintasi kedai, balai polis n rumah2, bangunan2 di sana memang unik. Kami di Perth Zoo lame jugak sbb byk jugak binatang yg tak pernah tgk. Dapat jugak bergambar ngan kangaroo tp x blh pegang, koala pulak tido kt atas pokok. Bila dh selesai meredah zoo yang tersangatlah cantik, bersih dan kemas kami pun carilah tempat makan sebab perut pun dh berkeroncong dr td. So kami semua singgah di restoren org Turki mkn kebab dan fish chip.
Dh selesai makan, tunggu feri datang then samapilah di jeti. Kami berhenti solat jamak takhir zohor & asar di pengkalan jeti, mula2 nk solat kt tepi kaki lima jer tp mujurlah ade seorg cleaner negro bagi kami guna stor kt situ, kami solat bersejadahkan plastik sampah ape nak buat yg penting kewajipan mesti ditunaikan. Selepas tu tunggu Blue CAT utk ke taman King Park tp bas tu x terus sampai ke situ terpaksalah kami berjalan kaki lbh kurang 10 km, slps bergambar sakan, kaki ni dh x larat nak jalan, so tunggulah bas berwarna Hijau, lps naik bas Hijau tutun pulak kt bus stop tukar Blue CAT dan lps tu kena tukar Yellow CAT, tp sblm naik bas kuning kami terserempak ngan kedai souvenir ape lagi shopping dululah, memang penat giler dh x larat n naik bas so kami decide naik teksi utk balik ke apartment, tambangnya AUD 20 tp sempat gak mintak driver teksi singgah kat fresh market, rase mcm nk masak2 utk mkn mlm. So saya & Tini beli le buah limau orange n jagung. Sampai jer apartment, terus masak nasi, kari ayam n rebus jangung. Kami makan sekali ngan Abg Li. Abg Li yang sponsor nasi n Brahim's kari ayam. Walaupun lauk simple, tp sbb tukar tempat n lapar, licin gak kami mkn sambil2 tu bincang program utk esok.
Hari ke 2 selepas breakfast kami terus tanye tour guide utk carter van sbb kaki dh x larat nk jalan jauh. Lagi pun destinasi kami seterusnya ke Caversham Wildlife Park susah nak dpt kenderaan awam sebab tempat tu dah di pendalaman. So tour guide caj AUD 95 utk trip ke Caversham & Freemantle. Mula2 kami di bawa ke Freemantle, bergambar sakan di kubu dan tepi pantai sambil menikmati fish chip di restoren tepi laut, selepas tu uncle van terus bawa kami ke Caversham Wildlife Park dapatler sentuh n bagi makan kangaroo & koala, di samping tu dpt bergambar ngan wombat, tgk proses cukur bulu biri-biri dan perah sendiri susu lembu.
Dah penat berjalan, kt sane jam 5 ptg pun dh mcm sini jam 7, so kebanyakan shopping mall dah tutup, uncle hantar kami ke kedai souvenir yg paling murah iaitu di kedai Ole-Ole org Jakarta punyer, dh abis duit kami pun balik apartment dgn menaiki teksi Toyota Estima balik apartment. Ha malam ni kami bat kenduri masak semua bekalan yang ade, menu nasi, kari ayam lagi, sup sayur air rebusan jagung, jagung rebus dan scamble egg. Kami serumah makan beramai-ramai ngan kwn trip jalan2 iaitu En Azmi, Abg Mahadzir, En Kamsani, Abg JJ, Letchu, Sasi dan x lupa kwn same jln2 di Turki iaitu Abg Li.
Habis semua makanan, lps tu kami terus pack barang sebab esok pagi2 jam 3 dh kena check out. Saya pegi satu beg tapi biasalah bila balik beranak jadi 2 beg, tp kali ni x shopping byk just ambik gambar jer byk lbih kurang 500 keping guna XLR pulak, mmg puas hati.
Jam 4.30 pagi dh samapi airport, so beratur check in em... barang lbh 15kg nasib baik dpt tumpang ngan abg Mahadzir, so xkenalah byr excess luggage. lps tu pi solat subuh mujur ade surau. Jam 6.50 pagi kami berlepas balik ke Malaysia dan mendarat di LCCT jam 12.15 tghari.
Em..... memang seronok trip ni walaupun penat.
TQ MAA Takakul, x sia2 kami jd ejen di syarikat ni.

1 comments:

Ungku Mahadzir said...

Perth trip & the geng mmg 'superb'... credit to u too...

Sebutharga & Proposal Untuk Produk MAA Takaful Bhd

Nama *

First

Last
Email *
No. telefon *
Tarikh Lahir *

DD
/
MM
/
YYYY
Jantina *
Merokok *
Lokasi
Pekerjaan *
Pelan yang dipohon untuk tujuan : *
 Perlindungan Pendapatan 
 Tabung Pendidikan Anak 
 Persaraan 
 Takaful Haji 
 Perlindungan Untuk Wanita 
 Kad Perubatan 
 Pelaburan 
 Perlindungan Kemalangan 
 Perlindungan Penyakit Kanser 
 Dana Hibah 
 Perlindungan Kebakaran 
 Perlindungan Takaful Kenderaan 
Budget *
Jumlah Perlindungan Yang Diperlukan *
Lain-lain Pertanyaan
Untuk Tabung Pendidikan Anak sila nyatakan nama dan tarikh lahir anak anda.
Terima kasih.
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[Refresh Image] [What's This?]